Gotong Royong Aidiladha Konsesi Lebuhraya Pantai Timur Bersama Penduduk Maran



SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA

GOTONG-ROYONG AIDILAHDA KONSESI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR BERSAMA PENDUDUK MARAN  

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2014 – Seramai 50 kakitangan ANIH Berhad iaitu syarikat pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) serta 200 penduduk dan qariah Masjid Asy-Syakirin, Maran bergotong-royong melapah dan mengagihkan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Majlis menyaksikan ANIH Berhad menyumbang tiga ekor lembu untuk diagihkan kepada penerima dari kalangan penduduk setempat.

Menurut Pengarah ANIH Berhad, Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein, ini adalah pertama kali ANIH Berhad mengadakan program komuniti bersama penduduk Maran. Ia juga adalah usaha berterusan syarikat di dalam mendekati penduduk melalui aktiviti kemasyarakatan terutamanya di kawasan operasi Lebuhraya Pantai Timur.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Luit, Nurhidayah Mohd Sahaimi.

***Tamat***

Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

  1. Fazlyaton Hussein, Ketua, Jabatan Komunikasi di
    fazlyaton.hussein@alloymtd.com
  2. Hafizah Mohd Sabri, Eksekutif Kanan, Komunikasi di
    hafizah.sabri@alloymtd.com
  3. Haniff Ali, Eksekutif Komunikasi di
    haniff.ali@alloymtd.com

Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group

1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111 Fax : 03-6188 0101 Website : www.alloymtd.com