Kerja-Kerja Naik Taraf R&R Gambang

KENYATAAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA

KERJA-KERJA NAIK TARAF DI KAWASAN REHAT & RAWAT GAMBANG, LEBUHRAYA PANTAI TIMUR
(ARAH KUANTAN DAN KUALA LUMPUR)

Kuala Lumpur, 10 Januari 2014 – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad telah mengeluarkan notis bermulanya kerja-kerja menaik taraf melibatkan tandas dan surau di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang selama 6 bulan bermula 20 Januari, 2014.

Pengarah ANIH Berhad, Wan Razali Wan Muda berkata sejumlah tandas sementara yang mencukupi akan disediakan bagi memudahkan pengguna yang singgah di kawasan terbabit. Walau bagaimanapun, sebagai langkah alternatif, pengguna lebuh raya juga boleh memilih untuk menggunakan fasiliti tandas dan surau di Hentian Sebelah atau R&R yang terdekat seperti berikut:

1. Hala Kuantan
• R&R Temerloh (km129)
• Hentian Sebelah Maran (km182)

2. Hala Kuala Lumpur/Lembah Klang
• Hentian Sebelah Kuantan (km234)

“Pihak kami akan memaklumkan pengguna dari semasa ke semasa perkembangan kerja-kerja menaik taraf ini melalui hebahan media dan papan tanda di lokasi dan lebuh raya untuk kemudahan orang ramai. Kesulitan di sepanjang proses ini adalah untuk kemudahan dan keselesaan di masa hadapan,” kata Wan Razali.
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada Hotline LPT di talian 09-547 9111 atau di akaun Twitter LPTTrafik.

***Tamat***

Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

1. Fazlyaton Hussein, Ketua, Jabatan Komunikasi di
fazlyaton.hussein@alloymtd.com

2. Hafizah Mohd Sabri, Eksekutif Kanan, Komunikasi di
hafizah.sabri@alloymtd.com

3. Haniff Ali, Eksekutif Komunikasi di
haniff.ali@alloymtd.com

Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group

1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111 Fax : 03-6188 0101 Website : www.alloymtd.com