LPT Beri Diskaun Tol 10% Pada Pengguna Sistem Tol Elektronik Pada Hari Raya Aidilfitri
Kuala Lumpur, 23 Julai 2014 – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad hari ini mengumumkan diskaun tol sebanyak 10% kepada semua jenis kenderaan yang menggunakan kemudahan Touch ‘n Go dan SmartTAG di LPT bersempena dengan sambutan Hari Raya Aildilfitri.
Pengarah ANIH Berhad, Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata pemberian diskaun tol itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat untuk menghargai pengguna LPT yang pulang berhari raya. Pihak LPT juga menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika memandu dan selamat sampai ke destinasi.
Diskaun tol 10% itu akan bermula pada 28 Julai, 2014 dari jam 12:00 pagi hingga 11:59 malam.
LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu. Pengguna jalan raya boleh mengikuti laporan terkini LPT di akaun Twitter @LPTTrafik atau lawati www.anihberhad.com.