LPT Beri Diskaun Tol 10% Pada Pengguna Sistem Tol Elektronik Sempena Perayaan Deepavali

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2014 – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad hari ini mengumumkan diskaun tol sebanyak 10% kepada semua jenis kenderaan yang menggunakan kemudahan Touch ‘n Go dan SmartTAG di LPT bersempena dengan perayaan Deepavali.

Pengarah ANIH Berhad, Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata pemberian diskaun tol itu adalah untuk menghargai pengguna lebuhraya LPT terutamanya pada musim perayaan. Inisiatif ini juga menunjukkan usaha berterusan tanggungjawab sosial korporat ANIH Berhad kepada masyarakat.

Diskaun tol 10% itu akan bermula pada 22 Oktober, 2014 dari jam 12:00 tengah malam hingga 11:59 malam.

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu. Pengguna jalan raya boleh mengikuti laporan terkini LPT di akaun Twitter @LPTTrafik atau lawati www.anihberhad.com.