KelabKITA

Coretan Presiden

passport 11
 

Assalamu’alaikum w.b.t. & salam sejahtera kepada semua ahli KelabKITA yang dihormati.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pasukan Penyunting e-newsletter AlloyMtd di atas ruangan khas ini, untuk saya berkongsi sedikit cerita berkaitan kelab.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana sepanjang tempoh 6 bulan yang lepas, mulai April tahun ini, kita telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti untuk manfaat semua ahli, dari timur hingga lah ke selatan tanahair. Kita telah bermula dengan aktiviti yang cukup menarik minat dan perhatian semua ahli wanita, iaitu Latihan Senaman Zumba, sehingga lah ke Program Sambutan Aidilfitri di seluruh tanahair, yang telah berlangsung dengan cukup meriah, gilang-gemilang dan berwarna-warni.

Saya dan barisan Ahli Jawatankuasa berasa cukup teruja dengan sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli bagi menjayakan aktiviti-aktiviti tersebut. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti tersebut adalah dari kita dan untuk kita sendiri, kerana ianya adalah hasil daripada maklumbalas yang telah kita terima daripada ahli-ahli melalui ruang “e-survey” yang telah kita kongsi di Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 yang lepas bersama Pelan Transformasi KelabKITA. Bagi tempoh 6 bulan akan datang sehingga tamat tempoh perkhidmatan Ahli Jawatankuasa sediaada, kita telah menyusun pelbagai acara yang tidak kurang hebatnya.

Di kesempatan ini, suka saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa dan wakil-wakil lokasi yang telah bertungkus-lumus menjayakan semua program yang telah dilaksanakan setakat ini.

Terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam semua program, termasuk kepada pihak pengurusan syarikat AlloyMtd, di atas sokongan berterusan yang telah diberikan.

Kita berharap semoga semua ahli akan terus melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang.

Akhir sekali, teruslah menyokong KelabKITA.

Terima kasih.

Moktar Mohd Salleh
Presiden
Ahli Jawatankuasa 2015-2017

 

Penyertaan ke Kejohanan Highway Futsal 2016 – Piala Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia sempena 30 Tahun LLM anjuran Badan Kebajikan Sosial & Sukan LLM di VRox Sports Centre, Bangi

21 Mei 2016

1

 

Pertandingan Golf Mesyuarat Agung Tahunan ke-25 Insitusi Jalan Raya & Pengangkutan – Cawangan Malaysia anjuran CHIT di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara. Tahniah diucapkan kepada peserta yang terlibat!

Hadiah & Anugerah:

  1. Medal A: Tempat ke-6 – En Mohd Kamal Abdul Khalid
  2. Novelty: Longest Drives – En MN Gagarin Mohd Zainal

28 Mei 2016

 

Hari Kesedaran Kesihatan AlloyMtd & Kempen Derma Darah di Ibu pejabat, AlloyMtd

1 Jun 2016

 

Sempena menyambut Bulan Ramadhan, ahli KelabKITA telah membuat edaran kurma kepada kakitangan di Ibu pejabat AlloyMtd

2 Jun 2016

 

Sempena menyambut bulan Ramadhan 1437H, tazkirah Zohor bersama kakitangan AlloyMtd telah diadakan di sepanjang bulan Ramadhan

8-29 Jun 2016

 

Program Singgah Sahur Lebuhraya Pantai Timur (Gombak-Karak-Kuatan-Jabor) untuk kakitangan ANIH Berhad di sepanjang LPT

2 Julai 2016

 

Perasmian Karnival Sukan AlloyMtd 2016

17, 23 & 24 Julai 2016

 

Jamuan Aidilfitri KelabKITA 1437H di Tapak projek, Plaza Tol Lebuhraya & Kilang-Kilang AlloyMtd

28, 30 Julai & 1 Ogos

 

Kejohanan Sukan Kerja Raya 2016

10-13 Ogos 2016

AlloyMtd adalah di antara syarikat konsesi yang terpilih untuk menyertai Kejohanan Sukan Kerja Raya 2016 di UTM- Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Acara yang berlangsung selama 3 hari itu telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof. Di antara katergori-katergori sukan yang disertai oleh kakitangan AlloyMtd adalah boling, boling padang, dart, karom, ping pong, futsal dan golf. Walaupun tidak memenangi sebarang pingat, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli sukan AlloyMtd seharusnya dijadikan contoh dan dipuji. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli yang menyertai!


AlloyMtd Interactive Chatbox

Previous Next
Latest on Wed, 03:40 am

rahimi.radzi: Welcome Newsletter October 2016

nizam.taha: Testing

sofia.roseli: Hello! Welcome to the Oct 2016 edition. Happy reading all!

shahrizal.safuan: 🙂

elsie.degala: Great job with the Newsletter Sofia

sofia.roseli: Thank you Miss Elsie. Feel free to drop in your suggestions for future improvements

Have something to say?

Please drop your feedback!. Click here


*Use your PC's username and password to login.



Newsletter Statistics

Visit Today : 3
Total Visit : 12710
Hits Today : 3
Total Hits : 84098
Who's Online : 1