SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA
NOTIS KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI KAWASAN REHAT & RAWAT (R&R) TEMERLOH
Kuala Lumpur, 6 Mac 2014 – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad hari ini mengumumkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Temerloh (Hala Timur & Barat) bermula 7 Mac 2014. Kawasan tersebut akan ditutup kepada kenderaan berat sahaja bagi memberi laluan kepada kerja-kerja terbabit.
Jadual kerja-kerja penyelenggaraan jalan adalah seperti berikut:-
1. Hala Timur (Kuantan)
7 hingga 16 Mac 2014
2. Hala Barat (Kuala Lumpur/Lembah Klang)
12 hingga 21 Mac 2014
Kerja-kerjapenyelenggaraan ini tidak melibatkan fasiliti-fasiliti di R&R seperti tandas, surau dan gerai-gerai makanan/buah-buahan.
Pengguna kenderaan berat dinasihatkan menggunakan kawasan R&R Gambang (Hala Barat & Timur) sebagai alternatif.
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada Hotline LPT di talian 09-547 9111 atau di Twitter @LPTTrafik.
***Tamat***
Tentang ANIH Berhad
ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
1. Fazlyaton Hussein, Ketua, Jabatan Komunikasi di fazlyaton.hussein@alloymtd.com
2. Hafizah Mohd Sabri, Eksekutif Kanan, Komunikasi di hafizah.sabri@alloymtd.com
3. Haniff Ali, Eksekutif Komunikasi di haniff.ali@alloymtd.com
Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
AlloyMtd Group
1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111 Fax : 03-6188 0101 Website : www.alloymtd.com