Gotong Royong Aidiladha Konsesi Lebuhraya Pantai Timur Bersama Penduduk Maran

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2014 – Seramai 50 kakitangan ANIH Berhad iaitu syarikat pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) serta 200 penduduk dan qariah Masjid Asy-Syakirin, Maran bergotong-royong melapah dan mengagihkan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Majlis menyaksikan ANIH Berhad menyumbang tiga ekor lembu untuk diagihkan kepada penerima dari kalangan penduduk setempat.

Menurut Pengarah ANIH Berhad, Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein, ini adalah pertama kali ANIH Berhad mengadakan program komuniti bersama penduduk Maran. Ia juga adalah usaha berterusan syarikat di dalam mendekati penduduk melalui aktiviti kemasyarakatan terutamanya di kawasan operasi Lebuhraya Pantai Timur.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Luit, Nurhidayah Mohd Sahaimi.