LPT Beri Diskaun Tol 20% Pada Pengguna Sistem Tol Elektronik Sempena Tahun Baru Cina

Kuala Lumpur, 28 Januari 2014 – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad hari ini mengumumkan pengguna Touch ‘n Go dan SmartTAG di LPT akan menikmati diskaun tol sebanyak 20% sempena dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Pengarah ANIH Berhad, Ir. Wan Razali Wan Muda berkata diskaun tol itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengguna LPT bersempena musim perayaan yang akan bermula dari 12 tengah malam pada 31 Januari 2014 hingga 11.59 malam pada 1 Februari 2014.

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu.