Notis Kerja-Kerja Penyelenggaraan Jalan Di R&R Temerloh
Kuala Lumpur, 6 Mac 2014 – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad hari ini mengumumkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Temerloh (Hala Timur & Barat) bermula 7 Mac 2014. Kawasan tersebut akan ditutup kepada kenderaan berat sahaja bagi memberi laluan kepada kerja-kerja terbabit.
Jadual kerja-kerja penyelenggaraan jalan adalah seperti berikut:-
1. Hala Timur (Kuantan)
7 hingga 16 Mac 2014
2. Hala Barat (Kuala Lumpur/Lembah Klang)
12 hingga 21 Mac 2014
Kerja-kerjapenyelenggaraan ini tidak melibatkan fasiliti-fasiliti di R&R seperti tandas, surau dan gerai-gerai makanan/buah-buahan.
Pengguna kenderaan berat dinasihatkan menggunakan kawasan R&R Gambang (Hala Barat & Timur) sebagai alternatif.
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada Hotline LPT di talian 09-547 9111 atau di Twitter @LPTTrafik.